Wanita elegan mempunyai penampilan yang berpengaruh, tidak keterlaluan dan tidak juga terlalu ringkas. Wanita elegan tahu penampilannya juga menggambarkan potensi dirinya.
Wanita elegan mempunyai pertuturan yang lancar, bahasa yang santun dan intonasi yang jelas. Wanita elegan tahu komunikasinya perlu sentiasa dipertajamkan.
Wanita elegan bijak berinteraksi dengan sesiapa pun dan suka meraikan orang lain - sama ada pendapatnya sama atau berbeza. Wanita elegan tahu pentingnya membina jaringan profesional untuk berjaya.
Wanita elegan sentiasa tampil yakin untuk menghadiri pelbagai jenis acara atau majlis. Wanita elegan mahir mengurus diri dan tidak kekok untuk menyertai majlis yang melibatkan jamuan.
Wanita elegan komited dalam menjaga kebersihan dan kecantikan diri. Wanita elegan percaya bahawa menjaga diri dengan baik melambangkan personaliti yang baik.
INTERNATIONALLY CERTIFIED IMAGE CONSULTANT, IMAGE TRAINER.
Saya adalah seorang Guru Imej, perunding imej profesional yang terlatih dan bertauliah. (Profil lanjut saya boleh dibaca di sini)
Wanita yang yakin dalam pertuturan, rapi dalam berpakaian, hebat dalam pergaulan dan profesional dalam setiap urusan… adalah wanita yang jelas sasaran hidupnya, mendalam ilmu pengetahuannya dan konsisten dalam mengamalkan apa yang dipelajari.
Semenjak tahun 2009, saya aktif mengendalikan program untuk menyampaikan ilmu imej yang membantu wanita menjadi lebih yakin, anggun, profesional dan eksklusif.
Ramai peserta program saya telah mengalami perubahan positif dan merasai kesan imej yang baik terhadap kerjaya dan diri mereka. Kali ini, saya mahu menyampaikan ilmu imej ini kepada anda!
Fokus pada hari pertama ialah membina penampilan yang elegan. Peserta akan berkenalan dengan jenis pakaian,
potongan, warna, corak,aksesori dan lain-lain. Ilmu penjagaan diri
akan disentuh bagi melengkapkan proses penambahbaikan imej.
Fokus pada hari kedua ialah mempelajari etika-etika yang penting untuk dikuasai oleh wanita elegan. Ini termasuk etika
di meja makan, etika sosial, etika profesional, etika bisnes dan etika pembawaan diri. Untuk menguasai kesemua
kemahiran ini, pelbagai latihan praktikal juga akan dilakukan.
Fokus pada hari ketiga ialah untuk membina teknik komunikasi dan seni interaksi yang elegan. Peserta juga akan
mengulangkaji setiap perkara yang telah dipelajari pada hari-hari sebelumnya melalui aktiviti yang interaktif.
© 2018 Puan Mary. All right reserved.
Facebook
Youtube
Email
Website